ARKIB : 14/06/2009
![]() |
| ABDUL Ghani Othman ditemu ramah oleh DJ Abdul Muhaimin Mukhtar (DJ AMM), pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Baru UDA , di Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI |
JOHOR BAHRU 13 Jun - Program Rakan Muda yang diperkenalkan 14 tahun lalu kini diperkenalkan di peringkat sekolah menengah bagi melahirkan golongan remaja dan belia cemerlang.
Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman berkata, hasil kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di bawah Elemen Pembangunan Keluarga dan Insan mendapati, program Rakan Muda di sekolah diyakini dapat membantu kerajaan mencapai kumpulan sasarannya secara lebih dekat dan tersusun.
''Ini kerana penggemblengan tenaga antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran dapat mewujudkan program secara berkesan dan seterusnya melahirkan belia yang cemerlang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan Program Rakan Muda Sekolah peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bandar Baru UDA, Datuk Samsol Bari Jamali.
Pada majlis itu, Abdul Ghani menyampaikan cek Program Rakan Muda bernilai RM1.2 juta untuk diagih-agihkan kepada 240 sekolah menengah di negeri ini dengan masing-masing mendapat RM5,000.
Menteri Besar berkata, mulai tahun ini lebih 2,000 sekolah menengah di seluruh negara menyertai program itu dan para pelajar didedahkan dengan aktiviti yang disediakan Kementerian Belia dan Sukan.
''Di samping dapat mengisi masa lapang terutama selepas waktu persekolahan, para pelajar berpeluang menggunakan kemudahan yang ada di Kompleks Rakan Muda, Kompeleks Belia dan Sukan dan Pusat Siber Rakan Muda, selain insentif tambahan yang disediakan melalui kad keahlian Rakan Muda," katanya.
Status Radio
FuhyooFM - Lebih Berilmu Dan Berinfomasi adalah sebuah stesen radio online yang bersiaran dari Bandaraya Johor Bahru,Johor Darul Takzim berkonsepkan Program Radio Pendidikan yang terdiri dari pada DJ-DJ,Pembaca Berita dan Wartawan diperingkat umur persekolahan.Dengarkan kami bersiaran selama 12 jam dari pagi...Untuk mendengar mengunakan Media Player klik <<DENGAR>> atau..
Klik Icon Untuk Mendengar Secara Auto
SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru,Johor
|
SMK St Joseph, Johor Bahru. |
SIGS,Johor Bahru. |
iklan radio di FuhyooFM telah dibuka untuk pertanyaan.Jika anda inginkan mengiklankan sesuatu produk anda secara murah diradio online sila hubungi kami di djsenja@fuhyoofm.com |
untuk disewa
|